Berbuka Puasa Dengan Koci Leleh, Wajik Dan Keria. Alhamdulillah. Dah selesai berbuka tadi, apa yang korang makan masa berbuka tadi? Nasi kerabu? Sedapnya.. nasi ayam? Saya lah tu, dan beberapa jenis kuih muih tradisional. Tadi sempat beli kuih wajik (dah lama tak makan), koci leleh dan keria sira gula melaka. Semua kuih sedap-sedap belaka. Lain kali boleh repeat kat gerai tu lagi. Bila niaga makanan terutamanya kenalah utamakan sedap dan bersih. Harga jatuh nombor dua. Bila syarat asas tu dah dipenuhi, insya Allah pembeli akan datang berulang kali walau harganya sedikit mahal. Pembeli zaman sekarang dah pandai memilih, jika tak bersih dan rasa makanan tak ada ISO (hari ni sedap esok pulak terlebih masin..) , memang kena pulau gamaknya. Maka, berniagalah dengan seikhlas hati. Jika sudah rezeki anda, pasti tak kan salah alamat.
Berbuka Puasa Dengan Koci Leleh, Wajik Dan Keria Gula Melaka
Keria gula melaka yang En suami beli agak gelap sikit warnanya.. tetapi rasa dia sedap pulak!
Kuih karipap tu besar kan? Ini kentang dan daging, dijual pada harga RM1.20 seketul. Oleh kerana saiz, inti dan rasanya sedap, kira berbaloi lah beli pada harga tersebut. Kulit pun nipis rangup. Memang sedap..
En suami beli karipap giant, saiz besar tapi rasanya sesedap bentuknya. Kulit nipis, rangup dan inti kentang + daging nya pun tak mengecewakan. Makan satu dah kenyang. Yang tak habis tu kita makan time sahur nanti. Goreng sekejap dah boleh ditelan. Insya Allah.
Anda lihat pula kuih keria tu, warnanya agak kelam. Nampak macam tak sedap. Tapi bila dimakan, keria tu lembut dan tidak terlalu manis. Jadi jangan judge kuih tu dari luarannya je.. ok✌✌
Kuih wajik ni dah dekat 2 tahun tak makan, tadi bila nampak orang jual, terus beli tanpa berfikir panjang.
Kuih koci meleleh, 5 ketul RM3.50. Pun sedap sangat. Dalam inti kelapa gula merah, dan bila dikunyah gula merah tu cair dalam mulut. Tepung koci dia pun lembut mudah dikunyah. Saya bagi 5 bintang untuk kuih koci tu. Terbaik lah!
Saya doakan peniaga-peniaga yang berjualan secara ikhlas dan memasak ikut kepakaran masing-masing dilimpahi keberkatan dalam rezeki mereka dan terus diberikan kesihatan untuk terus berbuat baik.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.