Bersahur Dengan Chicken Strip Simple Dan Sedap. Sahur apa korang pagi tadi? Kami sahur chicken strip, campak-campak siap! (Tapi perap dulu sebelum tu.. 😀😀), maksudnya bahan nak masak sahur dah siap awal, barulah campak+campak je lepas tu..
So kalau korang nak buat chicken strip, buat satu bahagian dada ayam dah cukup. Hiris nipis dH boleh dapat dekat 20 keping. Memang berbaloi... nak buat pun mudah. Makannya lagi la sedap.. hehe
Selalu saya kabor dah chicken strip ni faveret my youngest son. Tapi sekarang budak bujang tu dah balik asrama. Buat pulak terlebih stok. Kita lah nak kena perabis nanti.. entah-entah sampai berbuka petang nanti..
Hirisan chicken strip yang menggoda, rangup nipis dan yummy!!
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Bersahur Dengan Chicken Strip Simple Dan Sedap
Kalau korang tengok mesti fikir kenapa banyak sangat chicken strip tu? Saya pun termenung bila lepas siap goreng, berlambak pulak chicken strip yang telah saya proses 😅😅. Itu 1 keping setengah dada ayam je pun.. hehe. Tak apa.. tak habis kita perhangat masa berbuka nanti. Kan?
Saya terlupa anak bongsu kami dah balik asrama. Dia suka sangat chicken strip ni. Untuk dia satu pinggan sekali hadap je..
Selain tu ada timun sebagai ulaman dan buncis goreng telur sebagai sayurannya. Cukup alhamdulillah, kenyang!
Semoga dalam sahur itu kita mendapatkan keberkatan dan membuat amalan yang sewajarnya untuk mendapat tempat tertinggi di sisiNya. Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.