Dah Lama Tak Makan Roti Baghdad! Memang lama benar tak makan roti baghdad, rasanya ada dekat 10 tahun. Last makan ketika bujang bongsu kami berusia 5 tahun. Suka benar dia dengan roti baghdad. Asal ada pasar malam, ada la orang jual roti baghdad. Kemudian senyap. Tak jumpa dah.. la ni timbul balik bila ramai pulak yang jual roti baghdad di bazar ramadan. Memori lama berulang kembali, kali ni encik suami pula yang beriya nak makan..
Yang buat syok tu bila dikunyah dia rangup je.. hehe
Dah Lama Tak Makan Roti Baghdad!
Ada ke yang tak kenal rupa roti baghdad. Dulu orang jual 4 segi sekarang orang jual lonjong pulak, saiz lagi besar. Tak pasti pulak 1 ketul tu berapa harganya. Lupa nak bertanya.. saya makan seketul pun tak habis..
Macam biasa inti dia daging cincang dan sayur campur. Kalau sedap rempah gorengan inti dia tu, sedap la keseluruhan roti baghdad tu. Di luar dibalut dengan kulit popiah dan didalamnya ada roti yang berintikan sayur campur dan daging hancur.
Dan tak ketinggalan kita berbuka dengan ayam percik jugak. Sedap tau sambal ayam percik tu. Makan dengan nasi putih panas pun sedap!
Apa pula menu berbuka korang tadi? Order pizza hut je? Atau KFC. Bukannya apa, tadi masa balik kerja, saya lihat semua gerai twpi jalan dah tak berniaga. Dah close orang kata..
Semoga anda dapat berbuka dengan selesa ya, ❤✌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.