Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lai Chi Kang In The House!

Laichikang In The House! Hari ni berbuka dengan air laichikang, sejuk dan menyegarkan. Bila lalu kat tekak je, ya Allah dah tak ingat nak makan nasi atau kuih. Layan dulu dengan air yang sedap ini dan biasanya dalam bulan puasa memang ramai orang jual. Ada yang sedap, isi bahan dia banyak dan harga pun murah. Ada pulak jual laichikang bahan isi dia dua @ tiga macam je tapi harga tak boleh blah! Jangan la macam tu, kalau nak jual harga mahal biarlah sesuai dengan rasa dan bahan isi di dalamnya. Oleh kerana laichikang ni macam air herba tapi dikomersialkan.. ia senang mendapat hati peminat air berisi "buah" tersebut. Laichikang juga banyak khasiatnya. Kalau tak silap ia mampu meredakan panas badan, contohnya buah kembang semangkuk. Itu antara bahan wajib dalam air laichikang. Khasiat buah kembang semangkuk yang direndam di dalam air dan diminum serta dimakan buahnya dipercayai boleh menurunkan panas badan (ketika demam). Air rendaman buah kembang semangkuk ini juga dapat digunakan untuk merawat asma, pendarahan hidung, melawaskan pembuangan air besar, dan banyak lagi.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Lai Chi Kang In The House!


Hari ni berbuka dengan laksa johor, kue teaw goreng kerang dengan air laichikang. Lai chi kang in the house!! Dah lama tak makan laichikang. 

Lai Chi Kang In The House!

Lai Chi Kang In The House!

Beli satu bekas laichikang yang berharga RM8.00, saiz bekas besar dan bahan isi dia banyak. 

Antara bahan-bahan dalam laichikang yang dibeli adalah laici, red dates, buah kabung, kekacang, buah pala, biji selasih, buah mata kucing, ais batu, cincaudan ada 3 lagi bahan yang saya tak reti nak sebut. Hehe..

Lai Chi Kang In The House!

Jika anda lihat gambar di bawah, anda akan boleh bayangkan berapa besar bekas tupperware air laichikang yang saya beli. Boleh minum ramai-ramai.. 

Lai Chi Kang In The House!

Alhamdulillah. Sedap, segar dan bahan-bahan laichikang dia banyak. Puas hati beli. Kat rumah pun banyak stok buah kabung, jadi saya pun tambah ke dalam laichikang dengan sesuka hatiku! Haha.. 

Lai Chi Kang In The House!

Lai Chi Kang In The House!


Semoga puasa anda pun dapat makan apa yang anda suka dalam keadaan sederhana je. Lauk pauk pun belilah apa yang nak dimakan, bukannya ikut rambang mata.

Okay, selamat berbuka puasa!
 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close