Mee Rebus Menu Iftar Hari Ini. Iftar atau berbuka puasa adalah waktu yang paling dinantikan oleh orang yang telah berpuasa sepanjang hari. Rasa gembira sangat bila nak berbuka tu hingga kan kalau boleh nak lambakkan menu di atas meja. Kalau boleh air nak panas, sejuk, jus buah, kordial semuanya nak. Lauk pauk tu, nak western la, eastern pulak dan ala Thai pun nak juga, teringin semua! Hehe.. saya pulak mudah je nak control nafsu. Saya akan singgah gerai yang jual satu atau dua menu aje. Lepas bayar, terus balik. Tak pergi merayau-rayau @ window shopping bazar yang jual macam-macam..
Mee Rebus Menu Iftar Hari Ini
Hari ni kami berbuka puasa dengan menu utama mee rebus simple! Memang simple sangat mee rebus tu, cuma ada telur dan aksesori sayuran seperti tauge dan daun sup sikit. Tapi sedap kuah dia, walau tak ada keropok hiasan atas dia.
Selain mee rebus, ada juga beli pau sambal dan pulut serunding.
Oleh kerana kami tinggal berdua je sebab anak-anak berjauhan kerana mengejar impian masing-masing, maka saya akan hanya memasak lauk pauk pada hujung minggu saja. Bila hari bekerja, kami akan beli sikit-sikit sebagai menu iftar kami.
Apa yang saya masak? Hehe.. air je la, itu pun guna elektrik. Tak juga hidup dapur gas tu..
Oh ya, ada juga sesekali saya masak nasi goreng untuk bersahur. Yang penting perut beralas sebagai bekal tenaga sepanjang hari keesokannya.
Walau apa pun yang kita beli dan makan, elakkan pembaziran. Pembaziran adalah amalan syaitan. Okay ✌✌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.