Resepi Sagu Longan Dengan Santan. Dikongsikan di sini satu lagi resepi yang sedap dijadikan dessert terutama dalam bulan puasa. Sebab dia dessert yang berkuah, memang dicari waktu nak berbuka. Resepi sago @ sagu bersos santan dengan longan ni mudah nak dibuat. Selamat mencuba semua...
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Resepi Sagu Longan Bersos Santan
Kalau tak suka letak air gula melaka, pun tak apa. Tapi ketika masak sagu tu, letak gula secukupnya.
Bahan-bahannya:
250 gram sagu
500 ml air
150 gram gula pasir/gula melaka (boleh kurangkan kalau tk suka manis)
Daun pandan
buah longan secukupnya
Sos santan:
250 ml santan
½ sudu teh garam
Cara-caranya:
1. cuci sagu sebentar dan tapis.
2. Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih, masukkan sagu sambil dikacau hingga pekat dan mendidih.
3. Bila dah masak angkat dan toskan.
Sos Santan
Masak semua bahan sos sambil dikacau agar santan tidak pecah. Bila dah mendidih matikan api.
Air gula melaka- jika suka.
Kalau letak gula melaka..tak perlu masukkan gula masa merebus sagu.
Masak 1/2 cawan gula melaka yg telah diracik dengan 1 cawan air. Bergantung lah nak pekat macamana.
Sajikan sago dengan Sos santan dan buah longan. Tambah gula melaka jika suka.
Selamat mencuba
.
Kredit : seharum dapur bonda.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.