Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Datang April Bersama Ramadhan

Selamat Datang April Bersama Ramadhan. April datang lagi seperti sebelumnya. Tetapi April tahun ini membawa pelbagai rahmat dan berkat kepada seisi alam. Ahlan wa sahlan ramadhan Kareem, semoga puasa kita kali ini bertambah baik, kita menjadi lebih bersemangat mengharungi segala ujian mendatang dengan penuh kesyukuran. 

Datangnya ramadhan setahun sekali, bulan yang dinanti hadirnya dan dirindui bila telah berlalu. Bulan yang mengajar kita erti sabar, syukur dan berkongsi rezeki. Bulan ramadhan yang mulia kerana segala amalan menjadi berganda dan DOA orang yang sedang berpuasa ni amat makbul. Maka, rebutlah peluang ini untuk mengubah diri menjadi pesona yang lebih baik serba serbi dan bangkit menjadi sesorang yang bermanfaat kepada seisi alam dan makhluk. Ramadhan di bulan April, semoga permulaan langkah kita hari ini akan memberikan seribu kemanisan di hadapan nanti.

Selamat Datang April Bersama Ramadhan


Selamat Datang April Bersama Ramadhan


April
Bulan yang tidak ada makna pada kita yang lalai
Yang tidak memberi manfaat kepada kita yang ego
Yang tidak memberi ajar pada kita yang pandai!
Yang tidak ada apa-apa bagi kita yang hilang hatinya..

Beritahulah!
April ini kita menjalani bersama
Dengan bulan penuh kemuliaan iaitu ramadhan
Yang mengandungi rahmat, ampunan dan pembebasan dari api neraka!
Bagi mereka yang mengerti!




Wahai sahabat.. walau diuji seribu liku, tetaplah bersyukur kerana Allah dah janji, disebalik kesukaran dan musibah pasti menjelma suatu hikmah yang mana kamu sendiri akan terkejut apabila menerimanya!

Serahkan segala urusan hidup dan mati kita di tangan Allah kerana DIA Maha Melihat apa yang berlaku kepada kita! Sedikit pun tidak tercicir kita daripada pengetahuan Allah.

Sebab tu kita diajar untuk sabar bila diuji dan syukur bila diberi nikmat.

Orang yang bijak dan mulia itu mengamalkan sabar dan syukur dalam meniti perjalanannya. Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close