Senarai Dessert Daripada Buah Kabung. Buah kabung adalah antara dessert kegemaran saya. Kalau makan ABC, saya akan letak buah kabung banyak-banyak. Saya akan kata, " buah kabung lebih ya, saya bayar lebih.." hehe. Tapi tak selalu orang bagi lebih sebab stok yang terhad. Ada pula buah kabung yang keras kematu bila dikunyah. Yang itu tak tahu kenapa, mungkin sebab sudah bercampur dalam ais kut. Makan buah kabung tak pernah jemu, dan tahukah anda bahawa buah kabung banyak khasiatnya?? Anda semua boleh baca khasiat buah kabung pada pautan yang saya kongsikan di bawah.
Baca juga : Khasiat buah kabung yang ramai tidak tahu! Ramai yang terlepas pandang...
Alkisah, tadi saya dah terima buah kabung yang dibeli dari shoppe. Jadi, sementara dah ada stok yang banyak, saya nak share dessert yang boleh dimakan dengan buah kabung.
You all agak berapa banyak saya beli buah kabung tu? Saya beli 1 kg tau.. kemudian saya simpan dalam peti ais, makan sikit-sikit. Bila sejuk tu, sedap dan segar ditekak. ❤🤩🤩
Senarai Dessert Daripada Buah Kabung
Saya senaraikan dessert yang biasa orang makan letak buah kabung di dalamnya. Korang pasti suka, terutama di makan dalam bulan ramadhan, waktu berbuka puasa dalam cuaca panas. Hmm.. memang syiok!!
1. Halwa buah kabung
2. CENDOL Buah Kabung
3. Buah kabung bubur jagung
Dessert bubur jagung yang dicampur dengan sagu biji dan buah kabung, sedapnya. Dah banyak kali saya buat dan saya akan letak banyak-banyak buah kabung. Hehe..
4. Buah kabung bunga telang
5. Koktail buah kabung
6. Buah kabung sirap
7. ABC (air batu campur) Buah Kabung
Sedap-sedap nampaknya hidangan dessert dari buah kabung ni ya kekawan. Tak tahan rasanya bila lihat gambar-gambar hidangan desserr tersebut.
Semoga korang juga boleh dapat makan dessert seperti di atas dengan campuran buah kabung yang kenyal tu. Sedap tau..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.