Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Al Waqiah Surah Kekayaan Untuk Dunia Hingga Akhirat

Al Waq'iah surah di dalam al Quran, mudah dibaca sebab setiap ayat pendek-pendek saja dan juga mudah dihafal. Sebelum ini saya baca juga surah al Waqiah selepas subuh tetapi jarang-jarang, tetapi selepas saya melihat fadhilat surah al Waqiah ini kepada rakan dan sahabat terdekat yang istiqamah mengamalkannya, saya jadi terinspirasi. Bersemangat nak mengamalkannya, pahala membaca al Quran dapat, pahala amalkan pun dapat dan insya Allah dapat juga fadhilat dan manfaatnya. 

Surah al Waqiah mengandungi 96 ayat dan diturunkan di Mekah. 

Secara ringkasnya, surah al Waqiah menceritakan tentang :-

1) Huru-hara di waktu terjadinya hari kiamat

2) Manusia di waktu hisab (hari perhitungan) terbagi atas tiga golongan, iaitu golongan yang segera menjalankan kebaikan, golongan kanan dan golongan yang celaka serta balasan yang diperoleh oleh setiap golongan;

3) Bantahan Allah terhadap keingkaran orang-orang yang mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit, dan adanya hisab,

4) Al Quran berasal dari Luh Mahfuz.

5) Gambaran tentang syurga dan neraka.


Bacaan TAZKIRAH yang lain:-  

Al Waqiah Surah Kekayaan Dari Dunia Hingga Akhirat




1. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

2. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

4. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.

Semoga bermanfaat. Amalkanlah surah al Waqiah dalam kehidupan seharian, amalkan kerana Allah SWT. Dua-dua kita dapat, pahala dan manfaatnya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close