Dapat Lemang Percuma Dengan Rendang Ayam. Orang kata kalau dah rezeki kita pasti tak salah alamat. Hari ni dapat sebatang lemang saiz L dengan sebekas rendang ayam. Asalnya 2 minggu lepas juga pejabat kami dapat 30 batang lemang dari peniaga lemang yang menyewa tapak tanah proeprty kami. Masa tu saya dah balik awal sebab nak ambil anak dari asrama. Hari ni, mereka bagi lagi sebagai tanda persahabatan dan penghargaan. Maka, dapatlah rezeki saya makan lemang percuma.
Kuah rendang ayam yang pekat dan nampak menyelerakan. Bila dah dimakan dengan lemang dan masuk ke mulut, lagi lah tertutup mata.. masya Allah, sedapnya! Lemang lembut dan lemak masin.
Dapat Lemang Percuma Dengan Rendang Ayam
Lemang percuma tu saya ambil sebatang je sebab saiz pun dah besar, cukuplah untuk kami berdua. Bila dah dihiris, dapat dalam 16 hirisan 1 inci. Banyak juga tu. Siapa nak habiskan? hehe...
Kombinasi lemang dan rendang ayam. Memang yummy!! Anggaran harga sebatang lemang saiz L tu sekitar RM18 - RM20. Paling murah lemang dijual pada harga RM16. Katanya, harga pulut, kelapa dan batang buluh naik berganda. Lagipun dah 2 tahun peniaga lemang tu tak berniaga akibat pandemik covid-19. Rasanya peningkatan harga berkenaan agak munasabah.
Walau raya @ bulan Syawal dah tiba dipertengahan, aura makan lemang masih ada dan jadi pilihan peminat makanan tradisional itu. Kalau pergi open house pun tetap cari lemang. Dah itu makna raya bagi kita. Betul tak? Ketupat, lemang dan rendang.
Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.