Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Di Syurga Ada Rokok?

Di Syurga Ada Rokok? Bagi perokok tegar mereka tak boleh hidup tanpa rokok. Walau mereka seorang yang alim, solat tak tinggal tetapi jika dah kaki rokok, mereka akan tetap cari rokok walau hingga ke hujung dunia. Al kisah dalam satu ceramah agama, seorang hamba Allah bertanyakan kepada penceramah ustaz berkenaan rokok. Apakah yang dia tanya??

Berhentilah merokok kerana ia tidak bagus untuk kesihatan dan orang sekeliling kita. Cuba perlahan-lahan pasti berjaya.

Di Syurga Ada Rokok Ke?


Seorang hamba Allah bertanya kepada seorang ustaz dalam satu majlis ceramah agama..

"Maaf ustaz, saya nak tanya, kalau di syurga ada rokok tak ya?

Ustaz kata, "Ada."

Hamba Allah, "Alhamdulillah. Lega betul hati dengar jawapan ustaz."

Ustaz menyambung, "Tapi sayang kat syurga tak ada api. Jadi kalau nak pasang api rokok kena jalan jauh sikit."

Tanya hamba Allah, "Ke mana ustaz?"

Jawab ustaz, " Ke neraka!"

Di Syurga Ada Rokok?
Kredit FB

Tersentak tak korang dengar perbualan tersebut? Deep dan sentap sangat kan? Maka niat lah berbuat baik dari dunia hingga ke syurga, jangan hanya meninggalkan amalan tak baik sekadar untuk sementara saja.

Istiqamah itu yang penting walaupun sukar!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close