Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Harga Emas Turun? Beli Cincin Lotus Penghias Jari

Harga Emas Turun? Beli Cincin Lotus Penghias Jari. Saya suka bercerita tentang inspirasi jual beli emas dan beli emas lagi. Orang kata kenapa tak simpan duit untuk anak sambung belajar nanti, mana tahu nak ikut jejak si abang belajar ke seberang lautan. Saya kata, sekarang ni apa yang saya buat adalah simpanan bukan tunai untuk persediaan anak-anak di masa depan. Simpanan bukan tunai terbaik adalah EMAS. Kerana apa? Ia mudah dicairkan tak perlu urusan tandatangan dokumen perjanjian yang melecehkan dan memakan masa. Jadi, fikir panjang jika anda nak membuat pelaburan bukan tunai.


Harga Emas Turun? Beli Cincin Lotus Penghias Jari

Harga Emas Turun? Beli Cincin Lotus Penghias Jari


Harga Emas Turun? Beli Cincin Lotus Penghias Jari

Hari emas turun harga, terus saya lock cincin emas 916 berbentuk bunga Bakawali. Cincin emas yang agak rare bentuknya, menarik perhatian saya.

Cincin emas seberat 5.97 gram, pada harga RM260 segram. Elok tersalut dijari manisku! Hehe..


Masa nak beli tu, ada pilihan lain di hati. Tetapi belek semula stok cincin dalam box, coraknya hampir sama. Maka cancel yang itu dan kita ambil yang corak lotus dengan chrome. Simple tetapi menarik. Cincin agak tebal sesuai dengan beratnya. 

Harga Emas Turun? Beli Cincin Lotus Penghias Jari

Comel kan cincin corak bakawali/ lotus saya tu. Coraknya agak special, kalau majlis special pun boleh pakai. 

Sekarang ni harga emas turun lagi, ada kedai emas dah start jual pada harga RM246/ gram. Kalau korang ada rezeki lebih, bolehlah simpan atau tambah koleksi emas anda. Beli emas tak rugi pun, kalau harga jatuh taklah jatuh ke paras tiada nilai. Lagipun ia win-win situation di mana jika anda tak nak jual, boleh dipakai setiap masa di bawa ke mana saja. EMAS adalah bentuk harta yang amat fleksibel. 

Semoga anda dapat kilauan emas yang diinginkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close