Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikhlas Dalam Beribadat, Redha Bila Diuji

Ikhlas Dalam Beribadat, Redha Bila Diuji. Itulah pegangan utuh seorang hamba yang bertakwa. Seseorang itu tak akan teruji ampuh atau sebaliknya kepercayaan kepada Tuhannya melainkan dia berjaya melepasi ujian demi ujian dalam kehidupannya. Tidak salah jika kita berasa sedih apabila kita berhadapan dengan ujian atau musibah. Mengalirkan air mata dan menangis juga tidak salah kerana kita mempunyai hati yang merasa. Curahlah perasaan sedih anda kepada ahli keluarga atau sahabat yang menyayangi anda atau orang yang anda percayai agar terasa lega sedikit perasaan yang tertekan. Setiap kali selepas hujan pasti akan ada pelangi berwarna warni yang muncul. Begitulah kehidupan harus di lalui, ikhlaslah dalam beribadat.. redha bila diuji!

Ikhlas Dalam Beribadat, Redha Bila Diuji


Ikhlas Dalam Beribadat, Redha Bila Diuji


Hamba yang bertakwa akan sabar bila diuji, syukur bila diberi nikmat dan ikhlas dalam beribadah. Itulah sebenarnya muslim sejati yang kita nak, sentiasa bersedia dalam keadaan apa pun walau ketika itu dia tak punya apa-apa. Kebergantungan yang penuh kepada Allah SWT sahaja.

Nak dapat ikhlas dalam beribadah susah sebenarnya, ibadah yang macam mana tu? Segala perbuatan dan amalan baik sehari-hari yang kita lakukan itulah yang dinamakan ibadah. Contohnya solat, bekerja, makan, tidur, bermain sukan dan sebagainya perkara baik itulah yang dinamakan ibadah. Janji kita kepada Allah dari dalam Luh Mahfuz lagi adalah lahir untuk beribadah kepada Allah. Itulah tugas kita lahir ke dunia. So, nak ikhlas melakukan itu semua yang sukar. Kekadang bila kena marah dengan bos, kita merungut. Itu dah jadi tak ikhlas ibadah kita kepada Allah. Tak senang kan?? Renungkanlah!

Kemudian datang pula ujian demi ujian. Ujian kehilangan, kematian, ujian persahabatan, ujian kewangan.. kita redha tak? Kenalah redha. Sebab nak redha pun sukar kekawan. Redha tu maksudnya tak membenci apa yang diberikan oleh Allah melalui ketentuanNya. Menerima dengan tenang tanpa sedikitpun mempersoalkan. Percaya dengan sepenuh hati terhadap aturan Allah lah yang paling baik. Bila dah faham erti redha, kita kena lakukan pula, berlapang dada dengan musibah yang menimpa. Biarpun ianya bertahun untuk diterjemahkan kepada realiti. Tak apa, yang penting usaha ke arah itu.

Dr Yusuf Qaradawi menyatakan bahawa seorang Islam harus bersikap redha terhadap perkara iaitu redha terhadap diri sendiri dan Tuhannya, redha terhadap alam dan hidup, redha terhadap takdir dan redha terhadap rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT.

Semoga kita terus berlapang dada menerima ujian yang datang tanpa berhenti berharap kepada kebaikan di sepanjang kehidupan ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close