Hidup janganlah saling bermusuhan sesama muslim. Bila musuh utama kita adalah perpecahan, persaudaraan antara muslim semakin jauh dan mengecil. Kekuatan semakin rapuh. Sebab itu, diharamkan memutuskan silaturrahim apatah lagi bermusuhan sesama kita. Walau terdapat jurang pendapat, usah terus berbalah. Duduk berbincang, muzakarah dan dapatkan bantuan orang tengah agar sengketa antara kita tidak berpanjangan. Orang yang memutuskan silaturrahim amat dibenci oleh Allah dan hidup tak akan tenang. Berdamailah wahai saudaraku sekalian, jika antara kita ada khilaf dan alpa.. bantulah ia ke jalan yang diredhai. Agar hubungan maya antara kita walau hanya bersapa tanpa suara, diharap ia membawa kita sama-sama ke syurgaNya.
Jangan Saling Bermusuhan Sesama Muslim
Hidup di atas muka bumi pun tak lama, ia umpama sekadar sekelip mata berbanding kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi selamanya. Jadi dengan masa yang cuma sekelumit, usah dibazirkan dengan pergaduhan dan permusuhan kerana ia tidak membawa kebaikan pun untuk diperjuangkan!
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام
Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari"
(Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. (Status: Hadis Sahih)
Pengajaran:
1. Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka
2. Sifat iri hati dan cemburu atas kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim
3. Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka bermusuh" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. (Status: Hadis Sahih)
4. Muslim boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan
5. Elakkan diri daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.
Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki. Binalah ukhuwah melalui sifat saling berkasih sayang.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.