Koleksi Cincin Emas Pelbagai Boleh Digayakan Ke Mana Saja. Anda peminat emas 916? Minat sebagai pelaburan atau dipakai ke mana saja? Sebenarnya minat emas ni bagus, dalam tak sedar sebenarnya anda telah buat 2 dalam 1 kemenangan. Win-win situation orang kata. Dengan emas yang ada, anda boleh gunakan sebagai perhiasan diri, bila anda tengah pokai atau terdesak, boleh pula berjasa menjadi penyelamat masalah kewangan anda.
Contohnya anda ada banyak koleksi cincin, ia amat sesuai digunakan dalam keadaan tertentu. Samada ke tempat kerja, bertemu prospek perniagaan, untuk ke majlis perkahwinan dan sebagainya. Tahukah anda, cincin di jari juga menjadi kayu ukur dan tanggapan pertama orang lain terhadap anda?
Hmm.. saya tak la pakai kesemua cincin macam dalam gambar tu.. hehe, sekadar tujuan untuk bergambar je 😅✌
Koleksi Cincin Emas Pelbagai Boleh Digayakan Ke Mana Saja
Kalau keluar rumah janganlah pula pakai cincin penuh di jari. Dari nak cantik, nampak buruk pula gayanya.
Cincin Ke Tempat Kerja - Pakai cincin yang ringkas atau mininalis apabila ke tempat kerja. Mungkin anda suka memakai satu cincin di jari manis sebelah kiri atau kanan. Terpulang. Namun jika anda ada meeting dengan pelanggan, pakai satu bentuk cincin berlian bersaiz sederhana pasti meningkatkan tanggapan pertama atau first impression pelanggan anda.
Cincin Ke Kenduri Kahwin - Untuk pergi ke kenduri perkahwinan, anda boleh memakai lebih dari sepasang cincin. Memakai cincin yang agak besar di sebelah kiri dan di jari kanan pula memakai cincin yang agak kecil. Senang nak makan nanti.. hehe, atau jika anda ada sebentuk cincin yang bertema seperti bunga, KLCC dan sebagainya, pakai satu pun dah nampak bergaya.
Cincin Pergi Shopping - Nak pergi shopping pun nak pakai cincin ke? Boleh je jika nak pakai, jika anda ada sepasang dengan gelang tangan, lebih cantik jika digayakan bersama.
Cincin Di Rumah - Kalau kat rumah biasanya saya tak pakai cincin. Sebab memanjang kat dapur, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya. Kalau nak pakai juga, bolehlah pakai cincin belah rotan. Jika terlekat minyak, mudah nak cuci.
Semoga perkongsian dan tips di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.