Lunch Nasi Ayam Sedap Di Hari Minggu. Hari minggu pertama di bulan Syawal. Esok dah kembali ke pejabat semula, kerja seperti biasa. Hari minggu yang agak malas, malas masak, malas lipat kain baju, malas nak tengok TV.. semuanya malas dah! Semalam menghantar anak bongsu balik asrama, hari ni tak de kawan nak bergaduh. Walau agak malas hari ni, tapi sempat ajak En suami ke Ayer Itam, Kluang. Nak pergi cari pokok bunga hiasan yang sedang viral iaitu sky bird! Dah tersesat ke situ, kita cari port makan sedap, iaitu nasi ayam!
Lunch Nasi Ayam Sedap Di Hari Minggu
Lunch dah lewat sebab sibuk cari bunga hiasan untuk rumah. Bunga apa tu, sky bird? Ala.. bunga yang viral. Cari punya cari dapat la apa yang kita orang inginkan. Berbalik pada lunch kita orang.. memang sejak raya pertama dah cari nasi ayam. Akhirnya terjumpa di Ayer Itam, Kluang.
Nampak banyak kan portion dia, kami minta lebih ayam untuk satu nasi. Rupanya ada set nasi ayam saiz L. Memang sedap sangat. Saya ratah ayam je yang lebih, nasi makan suku je.
Setelah kenyang perut, jam dah dekat pukul 4 petang. Sambung lagi cari sejadah tebal dan lembut untuk kegunaan di rumah. Dan tambah cari pasu lagi untuk letak pokok sky bird tu. Mulanya dah beli satu set dengan pasu, sekali tengok macam tak sesuai pulak. Hmm.. dah kena bebel dengan En suami. Saya apa kisah, pasu saya bayar.. haha
Dalam perjalanan pulang jammed pulak dari Simpang Renggam ke Kulai. Tak apa la, kita drive perlahan-lahan asalkan sampai rumah. Betul tak?
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.