Mee Goreng Basah. Senang je nak buat rupanya. Lebihkan air dan kena makan time panas lagi, barulah dapat mee goreng basahnya. Sebab mee goreng kalau dah sejuk dia akan serap air tu. Gitulah rupanya..
Resepi Mi Goreng Basah Ala Khairul Aming. Tengah cari menu nak dinner tetiba lalu kat wall FB mi goreng basah Khairul aming. Terus nak buat, sebab mudah ya amat resepi dia tu...
Antara bahan-bahan utama.. senang je nak sediakan. Cara nak buat ada di bawah.
Sebelum buat mi goreng basah sedap hingga menjilat jari, kita simpan dulu resepi dia dalam blog, lain kali boleh rujuk balik. Kekadang resepi mudah tu lah yang lupa step dia. Hahah...
Mee goreng basah ala Khairul Aming, boleh tengok resepinya di IG @khairulaming atau di bawah, saya ada kongsikannya kat blog ini jugak 😅😍
# RESEPI PILIHAN:-
- Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap
- Bakso Sedap Ini Resepinya
- Koleksi Resepi Kuih Muih Sedap Cikgu Azlina Ina
- Cara Buat Jem Nenas Yang Paling Sedap Dan Tahan Lama
Resepi Mi Goreng Basah Ala Khairul Aming
Di bawah ni ada video khairul aming masak mee goreng basah sekali, korang boleh tengok kat video atau cara yang saya tulis di bawah. Selamat mencuba!
Inilah Video Mee Goreng Basah Khairul Aming
Bahan-bahan:
1/2 kg Mee kuning
Bawang putih - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Cili boh, sos tomato dan sos tiram dan kicap manis
Fish ball, sotong
Sayur sawi dan tomato
1 sudu makan tepung jagung (dibancuh air)
Cara penyediaan mi goreng basah ala khairulaming
1. Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau lagi sampai masak
2. Masukkan sotong dan fishball. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis dan air. Biar seketika
3. Tambahkan gula dan garam secukupnya. Masukkan sedikit air tepung jagung.
4. Akhir sekali masukkan mee. Kemudian masukkan juga sayur dan tomato.
Siap! Mee goreng basah ala Khairulaming boleh dimakan untuk sahur atau berbuka. Sukati korang la.. yang penting rasa dulu. Sedap tak??
Selamat mencuba. Video masakan ada di sertakan di atas.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.