Petua Lembutkan Daging Masak Rendang. Dalam musim mood raya ni, pasti ada yang berulang masak rendang daging tapi terpaksa tunggu masa lama untuk lembutkan daging tu kan? Korang jangan risau lagi, sebab ada satu petua yang memang saya dah cuba sendiri dan confirm jadi. Daging jadi lembut dan senang dikunyah!
Waktu tu kak ipar saya sedang masak rendang, saya nampak dia campak ketulan air batu dalam rendang tu. Pelik juga, katanya itu petua yang biasa orang buat untuk lembutkan daging walau untuk apa jenis masakan. So, korang cubalah!
Terbayang-bayang kesedapan rendang hari raya tempohari.. hirisan daun kunyit tu sederhana je ya, jika tidak rasa rendang akan sedikit pahit.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Petua Lembutkan Daging Masak Rendang
Gambar hiasan |
Caranya adalah seperti di bawah:
1. Masukkan segala bahan masak rendang.
2. Ikut step by step dia hinggalah masukkan daging tu, tunggu hingga menggelegak/ mendidih
3. Masukkan ketulan ais batu dalam kadar separuh dari jumlah daging
4. Kacaukan seketika, dan korang boleh teruskan step seterusnya seperti masukkan kerisik, garam atau gula.
5. Selesai.
Insya Allah, daging rendang koramg akan sedap punya! Dan yang pasti lembut dan mudah digigit.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.