Petua Rebus Nasi Impit Jadi Cantik Dan Lembut. Selain buat ketupat dengan daun kelapa muda, kita juga buat pengganti ketupat dengan menggunakan nasi impit segera, apa jenama pun tak kisah, Adabi atau Nona, yang penting ada cara dan petua agar nasi impit kita jadi lembut dan cantik kejadiannya.
Dah namanya petua, sudah tentu ia amalan orang lama yang diperturunkan kepada anak-anak dari mulut ke mulut. Ada yang kata tak jadi pun, ada yang kata nasi impit terhangit dan sebagainya. Kita cuba sampai jadi okay.. so far kami buat dan berhasil serta cantik kejadiannya. Petuanya ada di bawah..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Petua Rebus Nasi Impit Jadi Cantik Dan Lembut
1. Caranya adalah dengan memasak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/ nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin. Selalu tambah air jika air telah surut, jangan sampai kering airnya.
2. Petua kedua, kalau nak nasi impit tahan lama, masukkan 2 keping asam jawa ke dalam rebusan nasi impit. Orang tua-tua kata, nasi impit lambat basi dengan cara ini. Cubalah!
Semoga perkongsian petua agar nasi impit lebih sedap dan tahan lama ini dapat membantu urusan emak-emak di dapur. Tak ada ketupat tak semestinya tak raya, kita buat cara sederhana untuk meraikannya bersama-sama.
Okay ✌✌😍
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.