Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Dendeng Daging Dengan Perencah Adabi

Resepi Dendeng Daging Sedap Sekali. Daging dendeng memang lah sedap tetapi harganya agak mahal bila kita beli di luar. Saya pun selalu beli pada harga RM22 hingga RM25 satu bekas kecil. Kalau korang nak makan dengan kerap dan banyak kali, baiklah buat sendiri. Saya ada kongsikan resepinya di bawah.

Resepi Dendeng Daging Dengan Perencah Adabi
Gambar kredit to adabi_consumer

Kalau nak hias sepertimana dalam gambar, anda boleh hiriskan dan goreng cili hidup, kemudian tabur di atas daging dendeng anda.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Resepi Dendeng Daging Paling Sedap Dengan Perencah Adabi


Resepi daging dendeng ni saya share dari IG Adabi_Consumer. Ada banyak resepi kat sana, antara yang sedap adalah daging dendeng. Kalau beli kat luar, satu bekas kecil harganya RM25.00. Memang mahal tau sebab cara nak buat dia tu yang agak leceh.

Resepi Dendeng Daging Dengan Perencah Adabi

Bahan-bahan:

1 kg Daging
3 sudu besar kicap lemak manis Adabi
2 sudu besar Kicap Masin Adabi
2 sudu besar Cili Giling Adabi
1 paket sup tulang Adabi
1 sudu besar serbuk nasi goreng ayam Adabi
Garam putih Adabi secukupnya
Gula dan air
Minyak masak

Bahan kisar:

10 biji cili merah
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih

Hiris/potong dadu:

1 biji tomato
1 batang serai - ketuk
2 cm halia


Cara Memasak daging dendeng


1. Rebus daging dalam 40 minit. Angkat dan hiris nipis. Kemudian ketuk sedikit agar daging pecah urat

2. Panaskan minyak, goreng daging yang telah diketuk tadi sehingga perang. Angkat dan ketepikan. 

3. Gunakan minyak yang sama untuk tumiskan bahan kisar bersama sup tulang sehingga naik wanginya.

4. Kemudian masukkan cili giling dan tumiskan sehingga cili masak, garing dan pecah minyak

5. Selepas itu masukkan air rebusan daging secukupnya, serbuk nasi goreng ayam, kicap lemak manis, kicap masin, garam putih dan gula secukupnya. Kacau sehingga rata. 

6. Setelah mendidih, masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kecilkan api. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga kering dan pekat. 

7. Hias dengan hirisan halia, tomato dan serai.

8. Tutup api dan angkat. 

Daging dendeng anda siap untuk dihidangkan. Resepi ini dapat juga boleh didapati di instagram adabi_consumer. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close