Timun Dan Lemon Boleh Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata. Anda ada masalah gelap bawah mata yang agak mencacatkan pemandangan? Nak beli cream takut silap beli, apa kata anda cuba petua di bawah ini cara-cara nak hilangkan warna gelap bawah mata dengan khasiat timun dan buah lemon.
Sebelum tu, nak tanya la. Korang tau ke sebab apa bawah mata jadi gelap? Menurut pembacaan saya, puncanya mungkin kerana kurang tidur, terlalu banyak melihat komputer/ handphone, atau pun faktor keturunan. Jadi mana yang boleh kita rawat secara semulajadi, marilah kita lakukan.
Timun Dan Lemon Boleh Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Ada banyak cara nak hilangkan warna gelap bawah mata, tetapi saya ambil 2 cara je yang mudah dan murah.
1. Buah Lemon - Perahan jus lemon kaya dengan Vitamin C, yang merupakan pencerah semula jadi yang boleh membantu mata anda yang keletihan dan kelihatan bengkak. Rendam kapas di dalam jus lemon segar dan tepuk dengan lembut di bawah mata anda. Lakukan dalam beberapa ketika.
2. Timun - Potongan timun yang sejuk boleh memberikan rasa segar buat mata. Timun mengandungi antioksidan dan flavonoid, yang membantu mengurangkan kerengsaan dan pembengkakan di sekitar mata anda. Cuba lah, jika serasi pasti berhasil.
Semoga perkongsian tentang cara nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata itu memberi anda alternatif merawat bahagian yang gelap tersebut.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.