Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apabila Sudah Mula Malas Untuk Solat


Apabila Sudah Mula Malas Untuk Solat

Apabila kita mula terasa malas nak solat, bersedialah untuk engkau mula kehilangan segala-galanya. Setelah begitu banyak nikmat yang Allah bagi, engkau tak malu untuk melanggar perintahNya? Engkau tega melakukan perkara-perkara yang Allah benci? Dimanakah akal warasmu?

Jentik hati sendiri, mintalah banyak kali dekat Allah. Mintalah dalam solat-solatmu. Bagaimana jika kamu mahu hilangkan rasa malas itu jika kamu tidak sekalipun mencuba agar dilimpahi cahaya kesedaran?


Apabila engkau terasa malas dan endah tak endah tentang solat, Allah akan ambil balik ketenanganmu. Engkau tunjuk gembira sakan di media sosial tetapi sebenarnya hidupmu dah tak tenang. Kerana apa? Kerana engkau mengharapkan orang memuji dan bercakap tentang kebahagiaanmu, bila tiada pujian engkau sakit! Ya sakit kerana berharap pada manusia. Setelah itu mereka akan pergi dan melupakanmu..

Bila engkau acuh tak acuh tentang solat, rezeki mu jadi tak berkat. Kerana niat dan tujuanmu mencari rezeki bukan lagi kerana Allah tetapi sebaliknya kamu berharap untuk hidup mewah untuk menyenangkan mata manusia. Jauhnya tersasar tujuan hidupmu sebagaimana kamu janjikan di Luh Mahfudz?

Ingatlah shaabat saudaraku, tujuan kita hidup di atas muka bumi ini dengan pinjaman nyawa dan nafas dari Allah adalah untuk BERIBADAH kepadaNya semata-mata dari pelbagai bentuk. Semuanya perbuatan yang baik-baik itulah ibadahmu kepada Allah. Waima sekadar menyapu sampah di halaman rumah atau senyum kepada orang asing. Itulah ibadah-ibadahmu kepada Allah. Sekecil-kecil perbuatan baik hinggalah sebesar-besarnya terutama yang paling besar adalah SOLATMU!

Bila kamu telah mula MALAS untuk solat, tak rasa apa-apa bila tak solat, tak malu dengan Allah bila tak solat.. maka bersedialah untuk kamu hilang segala-galanya!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close