Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Di Shopee

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Dari Shopee. Sebelum ni saya pernah share jewellery box yang di beli di Shopee tapi saiznya agak kecil. Oleh kerana barang kemas dah agak bertambah, saya beli satu lagi kotak barang kemas. Warna pun hampir sama iaitu dusty pink. Bila susun barang kemas dengan kotak yang luas, ianya nampak lebih kemas.

Kalau korang suka beli barang kemas maka eloklah barang-barang kemas tersebut di susun dalam kotak yang betul. Jangan main campak je, nanti kalau dah terbelit susah juga nak leraikan dia.. hehe

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Dari Shopee


Sebab apa beli kotak hiasan yang lebih besar? Sebabnya saya suka beli barang kemas, kotak lama tu saiz kecil. Jadi barang kemas saya letak bersepah je dalam drawer. Anak-anak bising, kata ibu macam tak sayang je emas-emas tu. Letak bersepah.. maka kita tambah lagi satu jewellery box yang besar sikit. Puas hati kita.. 

Jewellery box ni saya beli kat Shopee dengan harga anggaran RM25. Dia upgraded box yang 2 tier tu. So, memang kemas dan banyak ruang.

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Di Shopee

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Di Shopee

Box barang kemas saiz besar ni ada banyak ruang, bekas tempat cincin dan bahagian rantai tangan serta rantai leher. Banyak barang kemas yang boleh dimuatkan siap dengan kunci sekali (macam allen key la). 

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Di Shopee

Gambar atas - bahagian pertama box ini sebaik dibuka. Kemudian bila kita buka bahagian yang rata bintik-bintik, ada lagi kotak kecil-kecil di bawahnya.

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Di Shopee

Inilah bahagian pertama bila penutup bintik itu dibuka.

Beli Jewellery Box Yang Lebih Besar Di Shopee

Okay, gambar atas pulak adalah level kedua jewellery box ni. Lebih besar saiz bahagian setiap petak, sesuai untuk letak brooch atau loket yang besar. Letak rantai leher pun okay..

Kalau korang memang hobi macam saya suka beli barang kemas, maka boleh dah tukar kotak barang hiasan tu ke saiz yang lebih besar. Kalau kotak yang besar pun dah penuh, maka bolehlah kita bukak kedai emas sama-sama. Tak gitu??


Kotak perhiasan berwarna dusty pink memang memudahkan saya menyimpan barang kemas saya di tempat yang betul. ✌✌

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close