GAMBAR - GAMBAR MANGGA EPAL YANG MENYELERAKAN TAPI KURANG MANIS PULAK.. ....
Beli buah mangga epal luaran nampak elok je tapi rasanya tak serupa bikin. Itu pun saya dah berhati-hati pilih cari yang dah kuning kemerahan. Pun tak ada rezeki. Jadinya, kita makan dengan colek. Sedap sikit.Saya beli 2 biji. Hmm.. nasib baik tak beli banyak-banyak.
Biasanya saya suka buat stok buah-buahan kat rumah. Habis stok je saya akan top up, sebab dah jadi biasa kalau tengok TV mesti nak makan buah.
Besar tau saiz mangga epal ni, tapi tak sangka lah rasanya agak tawar. Luaran agak menarik, dalamnya isi dia yang adoo.. haha
Nak sedap makanlah dengan colek. Ia menaikkan rasa tawar dia dan nasib tak masuk tong sampah.
Harga 2 biji buah mangga epal tu RM8.63. Mahal ke murah? Sebab jarang beli.. kalau korang nak puashati beli mangga yang manis tapi agak mahal, korang beli je terus mangga harum manis. Tak la bebel-bebel macam saya ni.. kih kih
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.