GAMBAR AYAM GORENG BEREMPAH LEBIH SERAI DAN HALIA
Resepi Ayam Goreng Berempah Lebih Halia Dan Serai Lagi Sedap!!
Saya dah cuba macam-macam cara nak buat ayam goreng berempah ni. Akhirnya saya jumpa satu cara yang amat mudah dan sedap pulak tu hasilnya. Jom cuba dengan resepi di bawah.
Bahan-bahan;
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 batang serai - hiris
4 inci halia - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Daun kari secukupnya
Garam
Cara penyediaan ayam goreng berempah
1. Kisar bahan-bahan seperti serai, halia, bawang putih dan kunyit.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar tu pada ayam dengan serbuk kari, tepung jagung, telur dan garam. Gaul sampai sebati.
3. Ambil daun kari dan kacau rata dengan ayam.
4. Perap 30 min - 1 jam.
5. Panaskan minyak. Masukkan ayam biar masak kekuningan dan hingga serat serai dan halia jadi rangup.
6. Bila dah masak boleh lah dihidangkan untuk keluarga.
Gambar rupa ayam goreng berempah yang dah siap digoreng. Nak ratah macam tu je pun sedap.
Bahan-bahannya pun senang nak disediakan. Baik korang buat sendiri. Beli satu ekor ayam lebih kurang RM16.00, boleh dapat 16 ketul ayam goreng berempah. Kalau makan kat luar, seketul ayam je dah kena caj RM5 - RM6.
Ok, selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.