SIAKAP MASAK LEMAK KUNING - GUNA BAHAN HIRIS JE. TETAP SEDAP!
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kerat 3 bahagian dan digoreng hingga kekuningan
1 biji Bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris
1 kotak santan - saiz kecil
2 inci halia - hiris
1 biji tomato - belah 4
Sedikit Serbuk kunyit
Garam dan gula
Cara penyediaan siakap masak lemak guna bahan hiris je
1. Tumis bahan hiris bersama serbuk kunyit, tumis hingga naik bau.
2. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan sedikit air, supaya santan tak berketul. Kacau rata
3. Masukkan tomato dan kacau. Akhir sekali masuk kan ikan siakap, kemudian perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Siap. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. Kalau korang malas pun, boleh je cuba buat siakap masak lemak kuning ni guna bahan hiris-hiris je. Masuk mulut pun cepat, kenyang je lepas tu.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.