Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Suatu Waktu Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Suatu Waktu Dalam Kehidupan Seorang Muslim. Kehidupan seorang muslim ada banyak diceritakan dalam al Quran, kisah para sahabat dan juga pengalaman hidup yang dilalui dan dirasakan setiap masa. Memang ada berbeza-beza waktu kehidupan seorang muslim, waktu ketika sihat dan sakit, waktu ketika muda dan tua, waktu ketika senang dan susah dan sebagainya. Kehidupan yang dilalui umpama sejauh satu kerdipan mata.. tetiba dah jadi begitu dan begini.

Walau dalam apa situasi hiduplah dengan amalan-amalan baik walau sekadar mengucapkan syukur dan semudah Allahu Akbar. Lakukanlah zikir buat mensuci hati yang kelam dan hitam. Mudahnya mengisi kehidupan dengan sangkaan yang baik kepada Allah. Insya Allah, hidup akan indah pada akhirnya.

Anda Mungkin Menyukai Yang Ini.... ..  

Suatu Waktu Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Suatu Waktu Dalam Kehidupan Seorang Muslim


Waktu amat berharga dalam kehidupan kita. Waktu yang berlalu tidak akan kembali. Tidaklah datang suatu hari yang baru melainkan ia berkata kepada anak Adam sebagaimana yang diriwayatkan; telah berkata al-Imam Hassan al-Basri, 

يا ابن آدم انا خلق جديد وعلى عملك شهيد
فتزود منى بعمل صالح فإنى لا أعود الى يوم القيامه

"Wahai Anak Adam, aku (hari baharu) adalah ciptaan baru. Aku menjadi saksi atas amalanmu. Berbekal lah daripadaku dengan amal salih. Kerana aku tidak akan kembali sehingga hari Kiamat".

Waktu yang terkumpul ini kita berikan unit ukuran seperti saat, minit, jam, hari,  minggu, bulan dan  sebagainya, akhirnya membentuk sesuatu yang kita panggil umur dan usia. 

Sesungguhnya kesempatan umur dan usia yang dimiliki oleh setiap individu, banyak menentukan kelangsungan usia dan ajal sesuatu umat. 

Firman Allah :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan (Al-Araf: 34)
 
Masa yang kita lalui, umur yang kita miliki akan dipersoal kelak. Justeru kita perlu memanfaatkan masa dan usia ini untuk diri kita, juga untuk agama, keluarga, masyarakat dan negara. 

Waktu yang datang seringkali membuatkan manusia tertipu. Ia merasakan esok masih ada. Sedangkan waktu dan hari yang berlalu pergi meninggalkan kita tidak akan kembali sehingga hari kiamat. 

Alangkah sedihnya mengenangkan waktu yang berlalu tanpa dimanfaatkan. Semoga waktu dan hari yang ada ini kita rebut kesempatan menyediakan bekalan. Bukan sahaja untuk survival diri, juga untuk survival Islam dan umat ini. 

Pepatah Melayu menyebutkan, Masa Itu Emas. Perlu diguna dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Pepatah Arab menyebutkan; 

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

"Masa Seperti Pedang, Andai Engkau Tidak Memotongnya, Dia Akan Memotongmu."

Jangan kita biarkan masa berlalu tanpa kita gunakan dengan cara yang bermanfaat. Waktu yang berlalu tidak akan kembali.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close