Terjebak Beli Pokok Pisang Dan Skybird Yang Viral. Bunga hiasan dah jadi kegemaran mak-mak sekarang ni, sebab mudah nak menjaganya. Nak baling-baling atau terlanggar tak risau tanah bersepah, atau pokok akan mati sebab kurang air atau baja. Mulanya tak kisah pun, tapi bila tengok dekat IG punyalah ramai yang share kecantikan pokok pisang hiasan dan skybird tu, kita pun nak jugak. Hehe...
Gambar atas - Pokok pisang viral di beli di Ayer Hitam Kluang, harga pokok saja dapat lah RM190, tinggi 1.8 meter. Pasu tu mahal tau, tak tahu la kot saya kena goreng @ memang mahal harganya. Kos batu sungai lagi.. kalau siap gitu satu set, agak-agak berapa harga??
Beli bunga hiasan seperti pokok pisang dan juga skybird memanglah mahal harganya tetapi ia dah ambil kira segala kos dimana kita tak perlu merawatnya selepas membeli. Tak perlu baja, siram air atau menukar tanah bagai... sebab kos tersebut telah diserap dalam harga pokok terus.
Gambar atas - skybird bunga hiasan yang viral jugak. Yang ini tinggi 1.8 meter, beli pada harga RM180. Saya beli 2 sebenarnya, yang lagi satu harga RM127.50 selepas diskaun keahlian. Yang itu beli di kedai lain. Bila saya check kat Shopee, ada yang jual RM175. So, korang boleh pilih nak beli di mana.
Terjebak Beli Pokok Pisang Dan Skybird Yang Viral
Dah lah kita ni orang yang "rajin", beli bunga hidup esok lusa dah mati. Dulu rajin tabur baja dan siram air hari-hari. Lama-lama pokok mati terkulai layu, kita pun ikut layu semangatnya.
Dulu saya ada juga beli pokok bunga hidup. Beli bukan main excited,,sekali dapat esok lusa dah terkulai. Memang frust la!
Inilah antara koleksi pokok bunga hidup saya. Sekarang tinggal rak dan pasu nya je, pokok bunganya sudah tiada!!
Nasib lah sekarang dah berlambak pokok bunga hiasan. Tak payah baja, atau siram air. Pasti kekal segar ke akhir zaman. Haha...
Pokok bunga hiasan ni sesuai untuk:
a) orang yang tak ada seni bercucuk tanam
b) orang yang bekerja sibuk shift pagi petang siang malam
c) orang yang malas
d) orang yang tak sabar, dia ingat beli hari ni esok pokok dah besar..
Kalau korang suka pokok bunga hidup atau bunga mati (bunga hiasan)? Jika saya, secara fleksibelnya saya akan memilih pokok bunga mati sebab tiada kos jangka panjang.
Namun, jika nak pokok bunga yang ada baunya, daunnya berkembang dari hari ke hari.. saya akan beli pokok bunga hidup. Namun risikonya kena tanggung lah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.