Usaha untuk jadi lebih baik. Tak boleh tak ada usaha. Semua orang kena berusaha meloncat dari satu tangga ke satu tangga. Senang kata.. berhijrah. Kalau tak berhijrah tanda ilmu tak bertambah. Kalau tak ada ilmu kena cari. Sekarang ni ilmu boleh di dapati merata. Dari pengemis di jalanan pun.. anda boleh dapat ilmu.
Niat untuk berubah datang dengan sendiri.
Walau diletakkan sedulang emas sekalipun.. jika hati dan diri sendiri tak mahu berubah, nak kata apa? Tak guna dengar kata kawan.. kalau kau jadi itu ini, kau akan mewah. Tak guna itu semua. Yang penting yang nak tolak diri kita adalah kita sendiri. Bukan orang lain. Sebab pada akhirnya nanti yang menilai niat kita bukan dia orang. Tetapi Allah jua yang Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
Usaha Untuk Jadi Lebih Baik Dari Diriku Yang Dulu
Ya!
Semua orang ada caranya. Ada yang pasang niat jadi jutawan, hartawan dan dermawan. Tak kisah.
Apa nak diniatkan itu pilihan sendiri.
Yang penting dalam proses menjadi seseorang atau 'somebody', jangan tindas atau aniaya orang lain. Bahaya tu!
Usaha jadi lebih baik dari diriku yang dulu. Macam mana tu?
Mudah je😘😘
Senaraikan dulu kelemahan dan keburukan diri sendiri. Kemudian. Tetapkan cara nak mengubah diri mu yang lama untuk transform kepada yang baru. Tak mau buat plastic surgery ya.. maksudnya tak ada jalan singkat untuk mengubah diri atau sikap kita.
Jalani proses berubah itu satu persatu.
Perlahan-lahan.
Agar dalam proses mengubah diri sendiri dari yang lama yang tak elok kepada yang baru yang lebih baik.., kamu hargai setiap momen itu.
Pastikan pengalaman yang dikutip jadikan ia sebagai permata bernilai yang boleh dikongsikan pula pada anak cucu nanti.
Jom sama-sama berubah bersama saya. Jadi lebih baik dari kamu yang dulu. Saya nak jadi lebih baik dari diri saya yang dulu.
Bye!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.