Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Usia Kita Di Mana Akhirnya?

Usia kita setiap hari semakin pendek. Bukan lagi nak berlengah dengan usia yang entah bila ia tamat. Entahkan bila pula ia sudah tidak lagi bergerak. Usia adalah waktu yang dengannya kita kena ambil kesempatan untuk mengisi dengan perkara yang bermanfaat. Usah disia-siakan usia yang entah bila akhirnya. Jangan bazirkan usia dengan perkara sia-sia. Jangan tinggalkan ia tanpa jagaan dan "makanannya". 

Tambahlah amalan kerana umur selalu berkurang. Dari Ibnu Mas'ud RA, "Waktu yang kukesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku berkurang."

Usia Kita Di Mana Akhirnya?

Usia Kita Di Manakah Akhirnya?


Jom kita renungkan dan hayati KATA AL QUR'AN TENTANG USIA: 

1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
( Qs. Hud : 15-16 )

2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )

3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )

4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )

5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )

6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )

7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An'am : 32 )

Semuanya tentang usia kita, dari kecil besar hingga tua, di mana kita habiskan? Adakah pada jalan yang lurus yang disukai Allah atau pada haluan yang Allah murkai? Takutnya bila dikenang akan usia yang semakin dekat dengan KEMATIAN. Semoga bila kematian menjemput, usia kita berada pada titik akhir yang husnul khotimah. 

Jangan takut. Mati itu pasti. Moga kita yang masih hidup ni betulkan jalan dan arah tuju kita. Moga kerja-kerja kita mendapat keberkatan, rahmat dan redhaNya. Aamiin

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close