Zikirlah Dengan Tanganmu, Ia Lebih Afdhal. Jadikanlah aktiviti harianmu, pada masa lapangmu dipenuhi dengan zikir-zikir kepada Allah SWT. Zikir adalah kata-kata pujian kita seorang hamba kepada Tuhannya, zikirkan perkataan-perkataan pujian kepada Yang Maha Agung. Allahuakbar. Contoh-contoh zikir yang boleh dan bagus di amalkan adalah :-
1) Astagfirullahal'adziim.
2) Subhanallah
3) Alhamdulillah
4) Lailaha illallah
5) Allahuakbar
Dan banyak lagi
Paling mudah nak berzikir, set masa lepas solat fardhu duduk sekejap dan berzikirlah. Hati akan rasa tenang, tenang sangat. Ada masalah terus lenyap. Lepas tu dapat fikir dan selesaikan masalah secara waras.
Zikirlah Dengan Tanganmu, Ia Lebih Afdhal
Berzikir dengan jari tangan adalah lebih utama.
"Hitunglah (zikir) itu dengan ruas-ruas jari kerana sesungguhnya (tuas-ruas jari itu) akan ditanya dan akan dijadikan dapat berbicara (pada Hari Kiamat). - HR Abu Dawud dan At-_Tarmizi.
Benar sekali. Segala tubuh badan kita akan jadi saksi di hari akhirat nanti apabila anggota mulut kita dibisukan. Yang membela kita di akhirat nanti adalah tangan kaki mata telinga dan lainnya, yang mana segala amal ibadat kita akan diadili dengan rata dan menyeluruh.Jangan gembira bila melakukan kejahatan demi kejahatan tetapi Allah tak balas sekarang. Bukankah kita ada keturunan, adik beradik, anak cucu cicit di mana jika Allah kata kun fa yakun, maka menangis air mata darah sekalipun, engkau tak akan mampu menghalangnya. Allah Maha Berkuasa!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.