7 tanda hati yang telah mati adalah:
1. Berani meninggalkan solat dengan sengaja
2. Merasa tenang walau setiap hari melakukan dosa
3. Jauh dari zikrullah dan al Quran
4. Tiada masa memikirkan perkara agama
5. Hidupnya hanyalah membuat sangkaan buruk terhadap orang lain dan mencari salah orang
6. Tidak suka mendengar nasihat
7. Tidak takut dengan mati dan azab kubur
Bila hati telah mati. Orang nak beri nasihat pun kena sindir balik. Dikatanya kita berlagak suci dan menunjuk-nunjuk. Bukankah jika hati masih sihat dan mahu berubah, kita malah bersyukur kerana masih ada yang sayang.
Bila dah terbiasa melakukan dosa-dosa, maka hati pun dah tak terasa apa-apa. Bila di ajak untuk bertaubat, dikatanya jaga kubur masing-masing.
Marilah kita bantu, doakan mereka dan diri sendiri agar tergolong dalam golongan hambaNya yang mendapat berkat, rahmat dan kasih sayang Allah.
Maka itu, pilihlah rakan sahabat yang sering mengingatkan kita kepada kebaikan, menunjukkan jalan yang lurus dan menjauhi segala kemungkaran.
Insya Allah, semoga kita terus berjaya melawan syaitan yang direjam. Aamiin..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.