Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bawa RM100 Ke Kedai, Apa Yang Kita Dapat?


Bawa RM100 Ke Kedai, Apa Yang Kita Dapat?

RM100 pergi je kedai saya dapat beli ikan siakap dan kerisi kuning, 1 papan telur gred B, minyak masak 2 kg, tepung gandum sepaket, beberapa ketul halia dan 1 bungkus roti @ coconut bun. Hehe.. total semua RM74.50.  

RM100 maaih boleh dapat macam-macam, tengok la barang apa yang kita nak beli. Syukur..

Bawa RM100 Ke Kedai, Apa Yang Kita Dapat? Alkisahnya pagi tadi saya ke kedai berdekatan rumah. Saya pun tukar handbag kecil dan hanya capai wallet dan uncang syiling. Capai handphone dan terus hidupkan enjin kereta. On the way tu, berkira-kira apa barang yang nak dibeli. Dalam fikiran nak beli minyak masak, telur dan ikan. 

Bila sampai di kedai, dengan yakinnya saya pun kutip ikan siakap seekor dan 5 ekor ikan kerisi kuning (saiz agak besar). 

Bawa RM100 Ke Kedai, Apa Yang Kita Dapat?

Masuk dalam kedai, cari minyak masak dan telur. Minyak masak saiz 2 kg punya, 1 paket tepung gandum dan beberapa ketul halia.

Bila nak kira, baru terfikir, "eh! Cukup ke duit aku? Korek wallet ada RM100 je, duit lain-lain yang cerai-cerai tersimpan dalam poket beg tangan yang kat rumah tu. Aishh.. nak buat lagu mana ni??

Tanya cashier yang tengah scan barang saya, boleh hutang ke kalau duit tak cukup? Dia senyum je. "Cukup ni kak. Jangan risau."

Dah lah kedai ni pun tak terima kad. Semuanya berurusan dalam tunai sahaja.

"Barang sekarang ni semua dah naik harga." jawab saya.

"Cukup. Insya Allah."

Habis selesai kira, cashier cakap jumlahnya RM74.50.

Bawa RM100 Ke Kedai, Apa Yang Kita Dapat?

Bawa RM100 Ke Kedai, Apa Yang Kita Dapat?

Alhamdulillah. Cukup tu yang buatkan kita lega sangat. Bukanya apa.. malas nak berulang semula ke kedai bila dah balik rumah. Hehe..

Pengalaman korang pulak macam mana? Pernah ke duit kat tangan tak cukup nak bayar barang yang telah di pilih? Seram kan? 

Itulah pengalaman hidup yang sering kita lalui, dan kena hadapi.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close