Coach Mollie Tote Strawberry Haze tu saya beli 3 bulan lepas kalau tak silap. Yang terbaru saya sambar Coach Mollie Tote Signature in Canvas 1665 Brown/Black.
Beg Tangan Coach - Saiz Besar Dan Kualiti Terbaik. Jenama Coach memang jadi pilihan utama saya bila beli handbag. Sebab kualitinya amat baik dan design pun cantik.
Handbag Coach ini mempunyai ruang dalam yang luas dan boleh masuk laptop jugak bagi anda yang kena kerap berurusan dengan pelanggan di luar pejabat. So, main campak je dear.. semua boleh masuk. Hehe..
Sebelum ni pun saya ada beli Coach Mollie Tote Strawberry Haze. Warna pink strawberry gitu.. rujuk gambar bawah..
Untuk Mollie Tote Signature In Canvas 1665 Black/ Brown ni harganya RM950, beli online dari trusted seller. Uols don't worry, kita letak percaya pada orang.. insya Allah datangnya pun orang hargai kepercayaan kita pada mereka. So mutual acceptance..
Kalau korang tertanya-tanya pasal apa saya beli beg banyak-banyak. Sebabnya.. saya suka kumpul, pakai dan tukar-tukar beg tangan seminggu sekali. Dari yang kecik, besar atau medium saiz.. semua saya layan. Tapi kalau keluar makan malam, saya akan guna handbag yang santai je..
Sekarang ni saya ada lebih dari 20 beg tangan dari pelbagai branded item, yang mungkin satu hari nanti saya nak let go sebagai preoved item. Mungkin je.. hehe
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.