Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Langit Tidak Selalu Cerah

Langit tidak selalu cerah. Langit juga tak selamanya kelam. Apabila tiba masanya saat itu hadir jua. Entahkan esok lusa.. langit kembali bercahaya. Dengan cahaya terang laksana, yang menyinarkan seluruh buana. Menatap lama di dada langit. Seakan ternampak kerdipan doa-doa yang diangkat. Kala itu, senyumlah selamanya. Allah tak lupa walau sesaat apa yang dibisikkan pada bumi. Tak cepat tak terlambat, pasti di angkat segala hajat. 


Rindu datang dan pergi.

Langit biru yang damai. Umpama hamparan baldu rindu yang datang dengan sejambak kisah cinta. Ada ketika rindu pergi membawa bersama awan yang biru. Tiada lagi rindu yang datang lagi. Bila pergi mungkinkah ia berpaling semula. Itulah lumrahnya alam, temanku.

Langit Tidak Selalu Cerah

Umpama berjalan di jalanan yang berliku. Adakah kamu tahu mana arah yang membawa bahagia. Lorong manakah pula yang berlagu derita. Laluan itu amat bersimpang siur, sayang. Jika pilihan yang betul yang kamu buat, tiada derita itu selamanya milik kita. Bukankah tiada duka yang abadi selamanya?

Mencipta bahagia bukan sekadar cerita basi yang diulang-ulang. Ia perlukan sebuah bayaran yang mahal yang namanya pengorbanan. Bahagia, derita, jatuh dan bangun mainan duniawi harus dilalui, mesti berani ditempuhi dan usah berpaling menyesali kesilapan lalu.

Memang benar...langit tidak selalu cerah. Tetapi awan pun tak selamanya kelabu. Dalam tak disangka, meski tak diduga. Harapan hadir mencelah dengan nyanyian lagu rindu. Buat mereka yang pernah kecundang...jangan diulang langkah yang canggung dahulu. Haruslah berhati-hati jika ada anganan mencipta bunga harapan.

Langit cerah sepanjang zaman


Sesekali izinkan hujan turun mencuci debu di jalanan yang berliku. Sesekali biarkan pelangi mencorak warna pada wajah dan matamu. Biar senyum itu mekar selamanya. Teman akrab di penghujung hari. Sesekali letakkan tanganmu di belakang dan biarkan kebaikan yang berkata-kata!

Kerana kamu, aku dan kita memang istimewa. Pada matanya yang bening. Pada hatinya yang jernih.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close