Nasi Ayam Special Hari Raya Haji. Pepagi dah siapkan makanan request dari bujang bongsu. Dia kata boleh tak dia nak makan nasi pada hari raya haji. Saya kata boleh je... dia trauma ingat raya mesti kena makan ketupat. Haha.. dia kan tak suka ketupat. Pelik katanya... 😂😂
Nasi Ayam Special Hari Raya Haji. So pagi raya haji kita masak nasi ayam special raya haji. Mana specialnya? Iya la, pagi raya makan nasi ayam. Ingat nak buat lodeh dengan sambal goreng jawa. Tapi kat rumah ni pun tak ramai. Bertiga je. Jadik, kita masak makanan yang mudah dan pasti dimakan. Betul tak?
Ayam goreng tu saya salut @ perap dengan madu, gula dan kicap manis. Jadilah dia berkilat bila digoreng. Makan pun sedap je, nak ratah gitu je pun boleh.
Korang masak apa hari ni? Semoga segala pengorbanan dan usaha yang baik-baik yang kita lakukan mendapat ganjaran yang setimpal.
Selamat hari raya korban buat semua ❤
1 Comments
Salam aidiladha 1443H
ReplyDeleteSedapnyer nasi ayam raya
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.