Kue Teow Theng, resepi masakan cina ni. Biasa makan rasa origunal macam ni kat hotel yang ada serve chinese restaurant. Rasa dia memang lain dari resepi yang orang kita masak. So, meh lah kita cuba kue tiaw theng yang kawan kita share kat FB. Moga boleh bantu korang merasa kue tiau yang yummy.
Resepi Kue Teow Theng...
Bahan-bahan:
1. Kue Teow
2. Isi Ayam
3. Daun Bawang
4. Bawang putih
5. Sawi
6.bebola ayam / ikan
7. Fishcake
9. Kicap cair
10. Cili padi
11. Lada sulah
12. 2 ketul kiub ayam
13. air scukupnya
Cara-caranya:
1.Didihkan air, masukkan 2 ketul kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak kekuarkan isi ayam, bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut..
2. Masukkan bebola dan fishcake rebus sekejap dan toskan.. Blh lah hiris fishcake tadi.
3. Kuah dia saya tak tambh apa dh.. Kiub tu dah ckp rasa..
Cara buat minyak bawang putih
1. Cincang 1 labu bawang putih..
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih Yang di cincang td, goreng sehingga bawang kekuningan, api slow je ye, jgn smpai hangit nanti pahit...
Cara buat kicap cili potong..
1. Potong cili padi dan gaul dalam kicap cair..
Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan
Basuhkan kuew teow bagi hilangkan lebihan minyak, nak jirus air panas pun blh..
Boleh lah susun bahan-bahan dalam pinggan dan tuang kuah.. Siap.. Senang sahaja...
Credit : Nor Khomariah Norrohman
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.