Beli emas terbaru, Oro Italia 916 dari Habib Jewels. Nampaknya saya tak dapat menolak untuk memiliki bangle Italian dari HJ. Rekaan unik, cantik tapi minimalis. Memang itu pilihan saya bila mencari bangle atau gelang. Gelang plain finishing mudah digayakan bersama rantai tangan. Dia akan nampak menyerlah. Kalau korang gayakan rantai tangan emas Tiffany dengan Oro Italia bangle ni pun sesuai.
Happiness start from the purple box! Haha.. betul lah tu. Asalkan nampak oro italia bangle 916 kat wall feed IG Habib Jewels, terus terminat. Alahai.. kena kumpul duit ni. Hehe..
Akhirnya dapat lah beli dan nasib baik saiz dan stok bangle ni masih ada. Terus sambar satu. Alhamdulillah. Ngam-ngam beli tengah ada promosi, dapatlah harga berbaloi. Dapat juga free gift iaitu face mask chain. Thank you Habib!!
Kalau anda memiliki tangan yang agak besar, boleh chat dengan dia orang untuk ukur saiz yang sesuai. Contohnya, jika anda biasa pakai saiz rantai tangan 20 cm, gelang @ bangle yang sesuai adalah saiz 6.6 cm diameternya. Kalau 21 cm.. saiz gelang yang sesuai adalah 6.8 cm diameter. Gitulah seterusnya. Ini kalau silap fakta jangan mare naa.. kadang-kadang kita pun pakai agak-agak je. Kalau nak yang tepat saiz dia, korang kena chat dengan sales advisor dia orang.
Okay.. cantik tak bangle Oro Italia tu?
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.