Panas-panas minum cendol. Memang sedap. Hari ni kita beli cendol buat penghilang dahaga. Lagipun dah lama tak minum cendol. Cendol biasa je.. bukan cendol durian taw.. minum cendol ni yang sedap rasa santan dia yang diadun dengan air gula merah. Bila santan dia segar, sedap la cendol tu.
Saya memang tak pernah buat cendol sendiri tapi selalu tengok arwah boyot buat bila tiba bulan puasa. Cendol yang dibuat bukan untuk dijual sebaliknya bagi pada jiran tetangga untuk juadah berbuka puasa.
Cendol kacang merah je yang ada. Cendol durian belum musim dia. Cendol mangga macam tak ngam pulak dengan tekak. At last beli cendol gula merah dengan kacang.
Baca : CENDOL KACANG MERAH....
Isi cendol (tepung dia) lembut dan halus sangat. Tapi yang spoil dia tentulah kacang merah tu.. keras pulak. Tak cukup masak gamaknya.. hehe
Gitulah rezeki hari ni, dapat cendol yang kurang sedap. Biasalah manusia mana ada yang sempurna. Dan kita pun.. asalkan masih boleh ditelan.. makan je lah. Lain kali cari cendol tempat lain pulak.
Okay... ✌✌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.