Dapat Percuma Pepes Dan Otak-Otak. Alhamdulillah akhirnya saya dapat makan pipis ayam setelah lebih 2 tahun tak makan. Iya la, ketika MCO Covid-19 dulu.. mana boleh berjalan-jalan makan di luar. Kena tapaw atau beli online je. Alkisah, pepes dan otak-otak percuma itu diberi oleh customer yang datang berurusan beli rumah dengan kami. Kerana gembira dan tanda syukur, hamba Allah itu membelanja kami satu pejabat.
Pipis ayam tu sedapnya, rempah dan rencahnya semua cukup, sedap makan tak boleh berhenti. Hehe..
Korang pandai ke buat pipis? Especially pepes ayam, antara menu yang digemari ramai. Seketul pepes ayam dijual pada harga RM1.60 ke atas. Ada kat pasar malam dia orang jual RM2.50 seketul. Nak buat dia memang leceh, itu yang mahal harganya. Saiz nya kecik je pulak tu..
Cara nak buat pepes ayam. Saya pun kurang pasti sangat tapi yang pasti kena ada isi ayam, serai, halia, jintan manis, cili kering dan lain-lain. Kemudian, semua bahan tu dikisar. Gitu lah lebih kurang. Resepi penuh boleh cari kat google la 🤣🤣
Kalau malas nak buat pepes @ pipis sendiri, korang pegi beli je.. hehe, lepas rasa teringin tu. Makan dengan nasi putih panas-panas lagi sedap.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.