Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Di Waktu Pagi Lebihkan Masa Ingat Allah

Pagi-pagi buat apa? Siapa yang kalian ingati sebaik bangun tidur? Adakah anda risaukan sesuatu? Apakah yang korang risaukan itu? Jika sekiranya sebaik bangun tidur korang membaca, doa bangun tidur. Alhamdulillah.. anda di jalan yang betul. 

Bacalah sebaik bangun tidur.. "Alhamdulillahillazi ahyanaa ba'dama amaatana wa'ilai hinnusyuur.."

Kemudian amalkan pula doa untuk sepanjang hari..

"Allhummainni as aluka ilmàan nafian
Warizqon toyyiban, wa'amalan mutaqobbala.."

Pagi pagi ada sahabat dah marah-marah,  mengeluh kerana sifat kawan sepejabatnya yang bermasalah.

Di Waktu Pagi Lebihkan Masa Ingat Allah

Allah berfirman dalam hadis qudsi yang maksudnya: "Sesiapa berpagi-pagi memikirkan hal-hal dunia, masalah dan kesusahan, maka Allah akan panjangkan kesusahannya".

Contohnya: Sesiapa berpagi-pagi dah fikir hutang maka hutangnya semakin payah nak diselesaikan.

Oleh itu, pagi-pagi lepas  bangun tidur, sebut nama Allah, cari Allah, berbual dgn Allah (solat) lepas tu fikir kebesaran Allah dan syukur atas nikmat termasuk nikmat tidur, nikmat bangun tidur, nikmat solat, nikmat hidup dan lain-lain lagi. Usah fikir dunia dan masalahnya tetapi banyak ingat Allah kerana nanti Allah yang  susun keperluan dan penyelesaiannya. 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close