Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang. Kerabu mangga yang rangup, sedikit pedas dan rasa sos Thai yang istimewa begitu memanggil untuk kesekian kalinya. Baru minggu lepas rakan sekerja cerita pasal kerabu mangga. Kini, dapat juga merasainya. Alhamdulillah. 

Tak semua orang mampu menghasilkan kerabu mangga yang sedap secukup rasa. Ada ketika mereka buat kerabu mangga yang keras dan rasa pahit, ada pula kerabu mangganya masam sangat dan ada pula kerabu mangga dihasilkan bersama dengan kulit mangga sekali. Entahlah... lain orang lain hasil tangannya. Mana restoran berjaya hasilkan kerabu mangga tersedap, kita repeat makan. Betul tak?

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Kerabu Mangga, Siakap 3 Rasa, Tomyam Dan Sotong Goreng Tepung Pembuka Selera


Gitulah kami bila salah seorang anak yang duduk jauh dah balik. Dapat makan besar dengan berselera sekali. Kalau korang pun mesti macam ni kan. Kalau makan berdua, macam ayam berak kapur je, makan pun tak ada mood. Hehe..

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Tomyam campur antara kegemaran kami anak beranak. Antara kandungannya adalah sotong, isi ayam, kupang dan udang. Yummy!!

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Nampak air di situ? Air bandung cincau. Ada campuran perisa soda. Ya Allah nikmatnya. Sedap sangat rasanya. Lain kali nak order lagi. Insya Allah..

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Uolss nampak kerabu mangga dalam gambar di atas? Itulah antara menu pembuka selera. Samada korang nak meratah kerabu tu makan macam tu aje atau makan berulamkan nasi. Memang naik rasanya. Tak menyesal order. Rasa dia pun ada special sikit. Apa rahsia agaknya? Kena belajar ni...

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Antara menu yang kami order yang ter rakam dalam camera phone Samsung ku.. buat kenangan dan ingatan lain kali, kalau tak tahu nak makan apa.. boleh order set menu yang ini.

Hidangan Kerabu Mangga Makan Bersama Keluarga Tersayang

Alhamdulillah ya Allah atas rezeki hari ini, yang dah lepas dan yang akan datang. Semoga Engkau kurniakan rezeki yang bertambah dan terus mengalir seperti air zam-zam kepada kami sekeluarga dan sahabat syurga ku semuanya.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close