Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Kau Cari Keberkatan Dalam Maksiat

Jangan Kau Cari Keberkatan Dalam Maksiat. Kau memang tak akan menemuinya. Ia adalah mustahil. Sedangkan engkau tahu ia satu kebatilan. Tetapi mengapa engkau masih berdegil. Maksiat membawa kehancuran dari segala segi terutamanya kesihatan dan keberkatan hidup. Tetapi mengapa sewenang-wenangnya kamu berbangga?? Jauhilah maksiat dengan sesungguhnya! Insya Allah perjuangan ini akan Allah redhai.

Jangan Kau Cari Keberkatan Dalam Maksiat
Firman Allah,

Jangan kalian mencampur kebenaran dengan kebatilan. Jangan juga kalian menyembunyikan kebenaran. Padahal kalian menyedarinya. - {surah al-Baqarah: 42}


Doa Untuk Tinggalkan Maksiat 


"Ketika kamu sudah letih melakukan maksiat. Kamu bertaubat, kemudian mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lagi, kemudian mengulanginya maka amalkanlah doa ini..”

Doa Waliyullah Sheikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah.
   
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø­َرِّÙ…ْÙ†ِÙŠ Ù„َØ°َّØ©َ Ù…َعْصِÛŒَتِÙƒَ، ÙˆَارْزُÙ‚ْÙ†ِÙŠ Ù„َØ°َّØ©َ Ø·َاعَتِÙƒَ.

" Allahumma Harrimni Lazzata Ma'siyatika, Warzuqni Lazzata Too'atika

Ya Allah, Haramkan ke atasku merasa Lazat akan melakukan Maksiat kepadaMu, dan Kurniakan aku rasa Lazat akan melakukan ketaatan kepadaMu "

Amalkanlah. Moga Allah mencabut kelazatan bermaksiat pada diri kita. Amalkan pada bila-bila masa kamu terlintas untuk berdoa, yang sebaiknya selepas solat fardhu.

Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close