Medium Wallet Kesukaan, Nampak Simple. Wallet antara kelengkapan penting untuk kita supaya senang nak simpan kad, duit dan sebagainya. Menjadi wanita... anda tentu ada wallet kegemaran masing-masing. Samada yang long wallet, medium, wrislet, dan banyak lagi. Pilih yang mana suka.
Ada orang kata buat apa ada wallet beratus atau beribu harganya kalau kat dalam dia duit tak sampai serarus ringgit. Hai kawan.. sekarang ni orang tak simpan duit tunai banyak-banyak dalam wallet, semua guna kad untuk bayar atau guna phone untuk e-wallet. Dah mudah tau..
Medium Wallet Pilihan Utama, Nampak Simple. Saya ada banyak koleksi wallet, yang kebanyakannya adalah medium wallet. Pernah juga beli long wallet tapi tak lama pakai, bagi kat anak sedara sebab susah nak simpan dalam beg yang bersaiz kecil. Jalan selamat, saya pilih medium wallet je..
Ada juga yang kata medium wallet sesuai untuk anak muda remaja. Untuk golongan dewasa sesuai long wallet atau wrislet. Tak benar ya sayang.. semua orang boleh guna sebarang wallet, ikut kesesuaian dan kesukaan masing-masing. Saya tetap pilih medium wallet sebagai wallet pilihan utama. Cuma kalau nak berjalan santai malas nak bawa handbag, saya akan guna wrislet je..
Oh ya, sedikit tips. Wallet yang anda bawa ke majlis tertentu memang ada main peranan, yang penting jangan la pakai crossbody wallet ke majlis perkahwinan. Kurang sesuai nampaknya.
Korang pula macam mana? Wallet yang mana pilihan korang? Apa pula brand kegemaran korang semua? Saya suka wallet dari Bonia, Carlo Rino, Coach dan lain-lain. Kalau tak mahal sangat.. saya akan beli. Hehe..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.