Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Tauhu Bersalut Telur Goreng Crispy Dengan Sos Special

Tauhu Goreng Crispy Dengan Sos Istimewa. Sos istimewa ni gabungan beberapa sos untuk hasilkan rasa yang unik dan sedap. Masakan yang nak saya kongsikan adalah dari perkongsian di IG dan juga blog.. Nampak sedap dan fresh, tu yang nak mencubanya. Simpan resepi kat blog untuk rujukan akan datang.

Resepi Tauhu Bersalut Telur Goreng Cirspy

Resepi :

- 4 ke 5 keping tauhu (direndam 10 minit dalam air panas mendidih)
- 2 biji telur gred C ( kalau telur gred A atau B, guna 1 biji dah cukup)
- 1/2 batang seleri
- 1/2 inci halia
- 1 biji cili merah
- 2 ke 3 biji cili api hijau
- dada ayam dipotong dadu
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan kicap cair/pekat
- 1 sudu makan jus lemon/cuka
- 1 sudu makan sos tiram
- sedikit gula
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada putih
- air secukupnya
- campuran 1 sudu teh tepung jagung + sedikit air
 

Cara penyediaan tauhu bersalut telur goreng crispy dengan sos special:


1. Goreng tauhu yang telah disalut dengan telur. Goreng hingga nampak garing. Ketepikan.

Resepi Tauhu Bersalut Telur Goreng Cirspy

Resepi Tauhu Bersalut Telur Goreng Cirspy

2. Tumis semua bahan hiris hingga masak. Kemudian masukkan sos ala Chinese yang telah di buat tadi ke dalam bahan hirisan. Gaul rata. Masukkan hirisan isi ayam dan kacau sebati. (Gambar bawah)

Resepi Tauhu Bersalut Telur Goreng Cirspy

3. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi, kacau perlahan.

4. Akhir sekali, tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tujuan untuk pekatkan kuahnya.

5. Biarkan seketika dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Tauhu Bersalut Telur Goreng Cirspy


Selamat mencuba. 

Resepi dari Limau nipis. Korang boleh jugak rujuk kat video limau nipis di youtube.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close