Sarapan Nasi Lemak Ayam Mamak. Anda pernah makan nasi lemak di kedai mamak? Bagaimana rasanya? Okay ke? Citarasa orang berbeza-beza kan? Tentulah ada pendapat masing-masing. Betul tak?
Apa yang pasti, rupa nasi lemak agak sama cuma rasa yang berbeza. Kan? Ayam goreng di kedai mamak warnanya merah, dan sambal nasi lemak rasanya agak manis. Itu kesimpulan yang boleh saya buat..
Ketika kami sampai tadi semua kerusi agak penuh dan nasib baik ada sepasang suami isteri yang baru bangun, maka ada la rezeki kami. Jika tidak lama kena tunggu.
Setelah duduk, lama menunggu? Tidak.. itulah istinewanya kedai mamak. Order cepat di ambil dan makanan dan minuman cepat sampai. Biasa lah kedai mamak kan ramai pekerjanya. Masing-masing tahu kerja mereka.
Itulah gambar nasi lemak ayam di kedai mamak. Gerun tak tengok warna ayam goreng tu? Merah menyala gitu. Tapi don't worry sayang.. tak pedas pun macam ayan McD yang spicy tu. So, kulit ayam tu memang crispy dan mudah dikunyah. Tak keras kejung la. All nice.. cuma sambal dia macam rasa kurang sikit berbanding sambal tumis kita buat sendiri.
Selamat bersarapan 💚
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.