Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ayam Goreng Ala KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari

Goreng Ayam KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari. Tadi untuk lunch sempat goreng ayam dengan tepung Bestari, sebiji jadi macam ayam goreng rangup kat pasar malam. Selalu memang beli kat pasar malam tapi sejak harga semua barang naik, saya yang malas pun dah upgrade jadi rajin sikit. Tak susah pun nak buat ayam goreng rangup ala KFC atau pasar malam. 

Kat bawah ni saya share beberapa langkah mudah nak goreng ayam rangup ala pasar malam. Hehe

Goreng Ayam KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari

Goreng Ayam KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kerat 16 bahagian, atau ikut suka saiz digemari
Tepung serbaguna Bestari - pedas @ biasa
1 biji telur
Minyak masak secukupnya 

Goreng Ayam KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari

Goreng Ayam KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari

Cara penyediaan ayam goreng rangup macam pasar malam @ ala KFC


1. Ayam dibersihkan. Gaul rata dengan sebiji telur dan 3 sudu makan tepung bestari. Perapkan selama 1 jam.

2. Sediakan tepung bestari dalam mangkuk lain. Celup dan gaul rata ayam pada tepung bestari, dan goreng dalam kuali dengan minyak penuh (boleh tenggelam ayam).

3. Goreng hingga garing dan kekuningan.

4. Ayam goreng rangup pasar malam atau ala KFC siap untuk dihidangkan.

Goreng Ayam KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari

Goreng Ayam KFC Buat Sendiri Dengan Tepung Serbaguna Bestari

Kalau saya, lebih suka potong ayam pada saiz kecil untuk mudah di makan.. terutama pada anak-anak.

Selamat mencuba. Ayam goreng rangup ni sedap di makan dengan sos atau di ratah begitu sahaja.

Nota:

1. Jangan campur air dalam bahan di atas, nanti kulit ayam jadi liat atau bila dah sejuk ayam goreng jadi keras.

2. Tak perlu tambah garam sebab tepung serbaguna Bestari dah siap dengan semua perasa.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close