Belanja Barang Dapur List Berjela. Dah lama tak berbelanja barang-barang isi rumah rupanya. Biasa tinggal berdua beli barang mana yang perlu saja. Selagi ada.. kita bagi perabis, jangan membazir. Saya dan En suami makan apa adanya, taklah cerewet sangat. Sekarang ni ada budak cuti sekolah 10 hari, maka kita kena refresh barang dapur samada yang basah atau barang kering. Lagi-lagi kalau dia ni jenis agak cerewet bab makanan.. kalau lauk pauk pelik sikit, dia tak nak makan. Hmm.. kenalah tambah barangan untuk masak ikut citarasa satu rumah..
Kos belanja barang dapur tadi dekat RM350-00. Apa kita beli ek? Hmm.. kalau tengok gambar, banyaknya "makanan" si bujang bongsu tu. Mungkin lepas geram kat asrama tak dapat makan selalu. Nampak kawan-kawan makan, dia pun teringin. So, kalau time cuti tu dia beli entah apa-apa.. tahulah dia teringjn! Dapat makan sekali dah puashati. Haha..
Segala mak nenek jajan sampai la ke roti.. semua dia tapaw.
Antara dalam list tadi termasuklah ayam, kentang frozen, daging burger, 2 jenis ikan.. segala perisa ais krim.. hmm.. itu yang buat list belanja jadi ratus-ratus..
Saya pun ada beli sayur-sayuran 3 macam, santan kotak, minyak masak, beras.. softlan.. dan lain-lain.
Bahan-bahan masakan nak buat bubur cha cha. Long time & all time favorite "bubur cha cha" for both my son. Tak pernah jemu.. masa beli tadi pun di suruh beli lebih. Teringat kat abang dia yang bakal tiba ke tanahair pada hari isnin nanti. Takut tak cukup. Aishh.. anak anak.. sayang jugak pada abangnya 🤣🤣
Baca : GAMBAR LOKASI ....
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.