Baca : GAMBAR SUMBER ....
Beli Durian D24 Di Luar Musim. Dua hari lepas ada seller dalam group FB kata durian ftrsh dah sampai. Durian D24. Dan durian siap kopek, dalam kotak. Ini memang style saya, suka beli durian dalam kotak. Tak ada masalah nak buang kulit durian bagai. Habis makan durian terus cuci tangan.. haha. Sebabkan dah biasa dengan seller ni, dia offer saya durian D24 fresh. Apalagi.. kami pun sambar 2 kotak @ 2 kg durian D24.
Dalam fikiran dah berlegar, kalau tak habis boleh buat serawa atau bubur durian. 😍😅😅
Saya beli 2 kotak durian fresh D24 yang bermakna 2 kg. Nah.. makan la sampai mabuk.. hehe. Kalau beli tak nak kalah sebab saya memang hantu durian. 1 kotak 1 kg tapi 2 kg dia bagi harga RM180.. Dengan postage sekali kena bayar RM15. Sebab di luar musim harga durian agak mahal la. Itu dah biasa..
Namun rasanya agak kurang manis berbanding durian yang dijual pada musimnya. Lembut gebu itu memang dah pasti tetapi rasa lemak manis durian D24 yang di jual di luar musim memang tak akan sama dengan durian yang memang jatuh pada musim yang tepat. Hehe.. faham ke apa saya tulis ni? Kih kih..
Tapi syukur alhamdulillah dapat juga makan durian walau belum musimnya..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.