Baca : GAMBAR LOKASI ....
Dinner Nasi Arab Mandy Ayam Dan Kambing. Haii.. kini kita dah mula aktiviti jalan-jalan cari makan sebab kedua-dua hero ada depan mata. Hero jauh dan dekat dah ada di rumah.. apa lagi, cari makanan sedap-sedap kita layan. So, malam ni kita makan nasi arab. Hehe
Pilihan kami adalah nasi arab Mandy dan kambing. Sedap sangat. Lepas tu tambah side dish hotdog kambing yang dipanggang dengan rempah yang sedap. Suka betul bebudak tu paw mak bapak dia..
Nasi arab Mandy ayam panggang, biasa lah. Kalau kat Malaysia, ini lah antara menu yang boleh dengan tekak..
Kami tak order dulang pakej.. sebab nak makan sorang-sorang. Tak nak share memasing.. yang atas ni Nasi Arab Mandy lauk kambing. Besor portion kambing tu, lembut dan juicy.
Air pulak kami order bandung laici dan teh ais. Kesemua kos adalah RM74.00. Okay la.. sedap dan berbaloi.
Kalau tak tau nak makan apa hari ni, makan la nasi arab.. mungkin boleh membuka selera masing-masing.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.